Contact Form

 

Hapuskan Aedes Untuk Cegah Denggi


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  1. Demam panas
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tulang belakang
  4. Sakit sendi-sendi
  5. Loya dan muntah-muntah
  6. Sakit biji mata
  7. Ruam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  1. Mudah lebam
  2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut



Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Hubungi kami Goldserve Fumigation Pest Control sedia membantu anda mengatasi masalah nyamuk aedes, kelawar, Tikus, Anai-anai dan lain-lain serangga.


Hubungi kami dan pemeriksaan adalah  percuma.

Perkhidmatan yang kami sediakan

1.Membasmi Anai-anai.
2.Membasmi tikus, semut dan lipas (Offshore, Onshore, boat dll)
3.Membasmi Kelawar
4.Fogging Nyamuk
5.Membekal kotak kayu dan Pallet (Fumigation Afas and Mafas dan Heat Treatment)
6.Kerja-kerja packing barang.
7.Membekal pekerja.

Hubungi kami:
Goldserve Fumigation Pest Control
TEL: 09 859 5499  HP: 017 907 9499 / 019 366 4805 / 013 938 9892

EMAIL  FACEBOOK

Total comment

Author

Unknown

0   comments

Cancel Reply